Lindungi enjin dengan NanoEnergizer

Terdapat pelbagai cara bagi mengekalkan prestasi enjin untuk jangka masa panjang dan salah satu caranya adalah dengan menjaga kelicinan operasi enjin.

Nanologic Solution Sdn Bhd, menawarkan NanoEnergizer, produk pelincir dipatenkan dari Institut Nanoteknologi Korea yang dapat memberi lapisan perlindungan kepada enjin. Apa yang membezakan NanoEnergizer dengan pelincir enjin lain ialah komposisi, di mana produk keluaran Nanologic Solution ini terdiri daripada platinum bersalut serbuk seramik. Kecekapan pembakaran dalaman bagi elemen yang berasaskan seramik dapat ditingkatkan dengan keupayaan seramik untuk menahan suhu tinggi sehingga 2,750⁰ darjah, sekaligus berkemampuan mencegah haus dan lusuh.

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Nanologic Solution, Robin Wong, “Kebiasaannya, pelincir yang boleh didapati di kedai hanya memberikan lapisan tambahan pelinciran antara dinding silinder dan piston sebagai perlindungan tambahan enjin. Produk pelincir lain juga tidak memulihkan enjin silinder yang haus tetapi dengan NanoEnergizer, ia berbeza. ” “Lapisan seramik amat berkesan untuk semua jenis enjin yang berasaskan petrol, diesel atau LPG malah ia juga sesuai digunakan untuk generator, kotak gear atau apa sahaja mesin mekanikal, termasuk bas,” tambah Wong.

Saiz zarah Nano Seramik sangat kecil dan akan melekat di bahagian enjin kereta yang calar secara terus. Ini bermakna, lapisan pelincir akan terbentuk serta-merta pada dinding mesin dan secara tidak langsung membaiki goresan atau calar mikroskopik. Dengan itu, prestasi dan kuasa enjin dapat ditingkatkan. Bahagian mekanikal yang kritikal dapat dilindungi dan diperbaiki, sekaligus menjadikan enjin lebih senyap dan lancar. Penggunaan minyak pula 20 peratus lebih jimat hasil kurangnya geseran, lebih kuasa dan pembakaran lebih baik.

 

-Artikel dari Berita Harian Auto

Rate this blog entry:
7
Tagged in: aksesori

Comments