MuCell, inovasi terbaru Ford

Bagi mengurangkan berat dan menjimatkan penggunaan bahan api, Ford telah menggunakan sel mikroskopik pada panel instrumen Kuga baru. Pengaplikasian proses MuCell ini merupakan kali pertama dilakukan dan menjadi komponen automotif paling besar yang dihasilkan menggunakan proses ini.

Pembangunan Produk Global Ford Motor Company, Raj Nair berkata: “MuCell adalah contoh inovasi terbaik bagi mencapai matlamat Ford dalam penghasilan kenderaan menjimatkan bahan api dan di samping mengurangkan berat kereta.”

Proses MuCell dicipta oleh Institut Teknologi Massachusetts dan dimiliki oleh syarikat Trexel pada tahun 1995 melibatkan penggunaan sejenis gas seperti karbon dioksida (CO2) atau nitrogen yang menghasilkan berjuta buih bersaiz mikro dalam konfigurasi seragam yang mampu mengurangkan berat komponen plastik.

Ford telah diiktiraf sebagai “Pemenang Anugerah Utama” pada pertandingan “Anugerah Penggunaan Plastik paling Inovatif” oleh Society of Plastic Engineers pada 2011 atas inovasi panel instrument (IP) menggunakan teknologi MuCell pada Ford Kuga.

 

-Artikel dari Berita Harian Auto

Rate this blog entry:
3
Tagged in: ford

Comments