Tun Mahathir menyatakan bahawa Proton semakin meningkatkan kualiti & kecekapan, namun rakyat Malaysia masih tidak yakin

tun-dr-mahathir-dreamedge-keynote-271-650x430

Dalam Seminar DreamEDGE 2014 yang bertajuk Memperkasakan Industri Automotif Tempatan yang berlangsung baru-baru ini di Cyberjaya, tetamu terhormat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sempat menceritakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Proton di dalam industri ini.

Katanya, cabaran yang dihadapi termasuklah persepsi masyarakat terhadap Proton dan keperluan industri untuk kajian dan pembangunan. “Apabila Proton Saga diperkenalkan pada tahun 1985, jualan keseluruhan industri (TIV) adalah 50,000 unit setahun. Daripada menguasai pasaran sebanyak 80% dahulu, kini menurun ke 18%. Sekarang ini, kita lebih banyak mengimport kenderaan dari luar berbanding memproduksikan kenderaan tempatan,”ujar Tun M, sambil menambah bahawa rakyat Malaysia membantah kereta tempatan berharga tinggi, tetapi tidak untuk kereta asing. “Kami (Proton) sentiasa mencuba menghasilkan kenderaan mengikut standard antarabangsa, dan berjaya. Namun kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai keyakinan terhadap produk kami, “tambahnya lagi yang turut menyelitkan kenyataan tentang masalah cermin berkuasa yang masih disebut-sebut ramai sehingga sekarang. “Hari ini, cermin berkuasa Proton boleh naik dan turun secara efektif,”lawaknya.

“Saya boleh memberi jaminan kepada semua, kenderaan Proton pada masa kini lebih baik berbanding dengan yang pernah kita miliki 10 atau lima tahun yang lalu. Kami sentiasa memastikan mutu dan kualiti Proton diberi penambah baikan dari masa ke semasa. Malah kami berazam untuk menghasilkan kenderaan setanding dengan buatan Jerman, Jepun dan Korea.” Tambah Tun M lagi, Proton juga merancang untuk menghasilkan kenderaan hibrid dan elektrik tidak lama lagi. Namun ia melibatkan perbelanjaan yang besar. Buat masa ini, ia belum dimulakan lagi, namun Proton masih dalam peringkat kajian untuk melaksanakannya. Beliau turut mengakui, Proton memperuntukkan kira-kira RM400 juta untuk menghasilkan kenderaan hibrid dan elektrik. Dengan kos sebanyak itu, Proton berusaha yang terbaik bagi mengeluarkan kereta jenis itu pada satu hari nanti.

proton-iriz-ev-lg-korea-3-650x487

Malah ia bukan sahaja melibatkan kos pembinaan yang besar, tetapi kos bagi kenderaan itu juga pastinya amat tinggi. Tun M turut berkata, bateri merupakan penyumbang terbesar bagi kos keseluruhan dan beliau berharap harga bagi komponen terbabit dapat diturunkan. “Memang kereta hibrid lebih relevan, namun kami lebih mengkaji tentang kenderaan elektrik (EV) yang dijanakan oleh kuasa elektrik sahaja, tetapi turut dipadankan dengan enjin pembakaran dalaman.” Proton pernah membuat kajian dengan menghasilkan model prototaip bagi Exora REEV dan Persona REEV, serta yang terbaharu Preve REEV yang dipamerkan di karnival Alami Proton baru-baru ini. Malah juga sedang menghasilkan model prototaip Iriz EV bersama LG.

 

-Artikel dari PaulTan.Org

Rate this blog entry:
6
Tagged in: proton

Comments