INFO Saman Polis, JPJ & Lain-Lain

Semakan Saman melalui sistem Online MyEG

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk semak saman. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :

  1. Klik pada butang semak saman dibawah.
  2. Kemudian anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
  3. Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)
  4. Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…
  5. Kemudian anda boleh hantar
  6. Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Semak Saman yang man satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)
  7. Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan

 semak saman

Cara Alternatif Semak Saman PDRM

  1. Cara semak saman Trafik, semak Saman JPJ atau polis adalah dengan menaip POLIS SAMAN (No. plat kenderaan) dan hantar ke 32728. Caj RM0.50 akan dikenakan. Contoh, taip POLIS SAMAN WWW9999 [Nombor ini adalah contoh sahaja] dan hantarkan kepada 32728.
  2. Anda juga boleh menghantar sms kepada 15888. Taip POLIS SAMAN PLATE NO dan hantarkan kepada 15888. Setiap SMS akan dicaskan RM 0.20.
  3. Bagi pengguna handphone OS Android, anda boleh download aplikasi periksa saman. Klik SINI untuk download.
  4. Bagi pennguna handphone IPhone IOS, anda boleh download aplikasi periksa saman. Klik SINI untuk download.

Diharap dapat membantu memudahkan anda untuk semak saman Kamera AES dengan cepat dan pantas. Anda boleh guna salah satu cara di atas.