Ford Fiesta ranggi

Mempunyai reka bentuk segar dan berani, dua variasi Ford Fiesta baru; Sedan dan Hatchback akan dilancarkan pada 28 September 2013 ini dijangka mampu menarik perhatian ramai.

Pengurus Serantau, Asia Pasifik, Operasi Eksport & Pertumbuhan Ford, David Westerman berkata, “Ford Fiesta baru ini telah dipertingkatkan dari aspek penjimatan bahan api, prestasi pemanduan serta karektor dan personalitinya. Melalui model Fiesta baru, kami yakin ia akan mengukuhkan kedudukan Ford dalam segmen kereta kompak.”

Reka bentuk hadapan Ford Fiesta baru didominasi dengan gril berbentuk ‘trapezoidal’ yang merupakan ciri khas buat semua kenderaan global Ford. Untuk model hatchback lima pintu, perubahan telah dilakukan pada reka bentuk lampu belakang bagi menonjolkan ciri sporty.

Dikuasakan dengan enjin 1.5L Ti-VCT 4-silinder 16-injap, Fiesta baru ini dapat menghasilkan kuasa sehingga 110hp @ 6,300rpm dan tork maksimum sehingga [email protected] 4,400rpm dengan penggunaan transmisi automatik 6-kelajuan dengan SelectShift Technology.

Pelbagai teknologi canggih dipasangkan pada Fiesta baru seperti Kunci Pintar Start/Stop, Ford EcoMode yang dapat membantu meningkatkan kemahiran pemanduan, Rear Parking Aid dengan Park Pilot, Smart Regenerative Charging (SRC) yang akan memaksimumkan proses mengecaj bateri ketika berhenti sekaligus meningkatkan penjimatan bahan api.

Teknologi lain yang turut dimuatkan dalam model baru ini adalah Ford SYNC. Ia berfungsi dengan membolehkan pemandu menjawab telefon, mendengar teks mesej dan memilih lagu daripada peranti yang disambung dengan Bluetooth ataupun USB dengan hanya menggunakan arahan suara. Hill Launch Assist (HLA) pula membantu pemandu ketika di laluan berbukit dengan memastikan kereta tidak tergelongsor.

Jaminan lima tahun atau perbatuan sejauh 200, 000km ditawarkan Ford untuk pembelian Fiesta baru ini berserta Pelan Servis Tambahan Ford iaitu penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km merangkumi kos alat ganti dan buruh.

-Artikel dari Berita Harian Auto

Rate this blog entry:
44
Tagged in: ford

Comments