Spider dan Coupe dari McLaren

Sime Darby Auto Britannia bakal menjadi pengedar tunggal yang akan memasarkan jenama ikon British, McLaren 12C Coupe dan 12C Spider di galeri McLaren Kuala Lumpur.

Pengarah Rantau Asia Pasifik, McLaren Automotive, Mirko Bordiga berkata, “12C Coupe dan 12C Spider merupakan sebuah kenderaan unik kerana bukan sahaja dibangunkan sebagai sebuah kereta sport yang dapat menarik perhatian umum tetapi juga mampu memberikan prestasi pemanduan baik untuk pemanduan setiap hari.”

Diilhamkan dari kejayaan dan kejuaraan McLaren dalam Formula 1, model 12C ini menggunakan casis MonoCell gentian karbon untuk memberikan lebih kekuatan di samping membantu menjadikan kereta semakin ringan.

Model keluaran McLaren ini juga dipasang Brake Steer dan brek udara aerodinamik aktif McLaren, dua teknologi yang tidak dibenarkan dalam Formula 1 kerana memberikan kelebihan prestasi kepada kereta lumba.

Mampu memberikan penjimatan penggunaan bahan api, kedua versi kereta baru keluaran McLaren, 12C Coupe dan 12C Spider disuntik enjin V8 3.8 liter yang dapat bergerak sehingga 0-100 km/j dalam tempoh 3.1 saat dengan memberikan kelajuan maksimum 333km/j.

Perbezaan antara Coupe dan Spider adalah Spider merupakan versi convertible (kereta berhud) yang tetap sama hebat dengan Coupe dari aspek prestasi. 12C Spider dalam menarik masuk bumbungnya dalam masa kurang dari 17 saat pada kelajuan 30km/j.

SPESIFIKASI

McLaren 12C Coupe / 12C Spider

  • Enjin: M838T 3.8 liter Twin Turbo, 32-injap DOHC, VVT
  • Kuasa maksimum: 616 hp/ 7,500 rpm
  • Tork maksimum: 660 Nm/ 3,000 – 7,000 rpm
  • Transmisi: 7-kelajuan SeamlessShift dual clutch Gearbox (SSG)
  • Ciri-ciri: Beg udara, ABC, Traction control, ESC, Launch control

 

 

-Artikel dari Berita Harian Auto

Rate this blog entry:
46
Tagged in: McLaren

Comments