Blog posts tagged in gear

Soalan : Saya mempunyai sebuah Volvo 940GL automatik berusia 19 tahun yang masih lagi beroperasi dengan baik. Lewat tahun lepas, saya mula merasa sentakan yang kuat setiap kali saya masuk ke gear undur, terutamanya ketika enjin panas. Saya pun pergi ke pakar transmisi automatik di Seremban dan melakukan baik pulih. Kosnya RM2,800 termasuk ‘torque converter’. Sekarang, selepas enam bulan, saya mula pula merasa sentakan kuat setiap kali gear bertukar dari 1 ke 2. Ia lebih teruk bila saya tekan habis pedal minyak dari berhenti ke 40km/j. Ini berlaku sepanjang masa, sama ada enjin sejuk mahupun panas. Untuk mengelakkan sentakan ini, saya terpaksa melepaskan pedal minyak sebelum gear bertukar daripada gear 1 ke 2 dan kembali menekannya balik seperti kereta manual. Masalah hanya berlaku antara gear 1 dan 2 sahaja. Gear lain tidak bermasalah. -0193378xxx

Tagged in: gear tips
Rate this blog entry:
2

Soalan : Saya memiliki sebuah Honda Civic sedan manual tahun 2002. Semua gear untuk bergerak ke hadapan berfungsi dengan baik, tetapi untuk gear undur, saya perlu menolaknya beberapa kali barulah ia dapat masuk. Ini berlaku sepanjang masa. Adakah ini berpunca daripada kotak gear itu atau penyambung dari tombol gear ke kotak gear?

Tagged in: gear tips
Rate this blog entry:
5