Ada yang beranggapan kenderaan SUV kurang sesuai bagi golongan wanita kerana saiznya yang besar dan rekaannya yang maskulin. Namun berbeza dengan SUV lain, Honda CR-V 2.4L merupakan sebuah kenderaan yang sesuai untuk semua golongan kerana elegan dan cukup mudah dipandu.
Honda telah mengumumkan pengenalan tiga siri enjin VTEC Turbo yang merupakan sebahagian dari pembangunan dalam Honda Earth Dreams Technology. Enjin-enjin tersebut didatangkan dalam tiga kapasiti; 1.0 liter, 1.5 liter dan 2.0 liter, akan menjanakan prestasi dinamik, pengeluaran kuasa yang mendahalui (dalam kelasnya), juga penjimatan bahan bakar.
Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Akhirnya Honda Accord 2013 serba baru telah pun dilancarkan di Malaysia semalam. Dengan harga bermula pada RM139,800 (di atas jalan dengan insurans), Honda melancarkan 3 varian untuk pilihan pemandu Malaysia.
Generasi ke 9 Honda Accord bakal muncul di bilik pameran Honda seluruh Malaysia bermula 5 September ini. Sehari sebelum itu, majlis pelancaran rasmi model terbaharu ini akan diadakan, dengan 3 varian bakal ditawarkan buat pembeli Malaysia. 3 varian itu ialah 2.0 VTi, 2.0 VTi-L and 2.4 VTi-L.