Dalam Seminar DreamEDGE 2014 yang bertajuk Memperkasakan Industri Automotif Tempatan yang berlangsung baru-baru ini di Cyberjaya, tetamu terhormat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sempat menceritakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Proton di dalam industri ini.
Proton telah mengesahkan bahawa penghantaran model terbaharunya, Iriz, kepada para pelanggan bermula hujung Oktober ini dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut varian. Penghantaran pertama melibatkan model 1.3 Manual dan 1.6 CVT bagi semua varian iaitu Standard, Executive dan Premium telah pun mula dihantar.
Proton Preve dan Proton Suprima S telah dianugerahkan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP). Pengumuman tentang anugerah itu dibuat oleh NCAP Asean pada Pelancaran Keputusan Fasa III 2014 di Melaka, yang juga diadakan sempena Forum NCAP Global 2014, Melbourne, Australia, kata Proton dalam satu kenyataan.
Bahagian Khidmat Pelanggan merupakan unsur penting di dalam kitaran pengalaman jual-beli kenderaan. Hal ini kerana, sebagai pembeli, pastinya mereka ingin mencari kenderaan yang didatangkan bersama pakej perkhidmatan lepas jualan yang baik. “Ini antara aspek paling penting yang harus diperbaiki dan amat kami sedari ketika DRB-Hicom mula mengambil alih Proton pada Jun 2012,” kata Pegawai Operasi (Komersial) Proton Holdings Berhad, Datuk Hisham Othman, ketika ditanya mengenai perkhidmatan pelanggan Proton. Tambah beliau, ketika syarikat induk Proton, DRB-Hicom Berhad melakukan analisis terhadap pemilikan jenama itu, hasil yang dikenal pasti mendapati perkhidmatan lepas jualan merupakan antara bahagian yang menerima maklum balas yang paling tidak memberangsangkan.