Blog posts tagged in volkswagen

Passat-03

Jika dilihat daripada rekaan luaran mahupun dalaman kereta keluaran jenama Jerman ini, dan jika dibuat perbandingan dengan versi terdahulu, tidak banyak perubahan ketara yang dapat dilihat. Namun Volkswagen Passat yang dipertingkat yang dipandu uji penulis ini tetap ada kelebihannya yang dapat dirasakan. Oleh kerana ini merupakan kali pertama penulis memandu model ini, tidak dapat dinafikan reka bentuk kereta ini dari luar mampu menonjolkan nilai kemewahan dan tampak eksekutif. Model dipertingkat ini dilancarkan oleh Volkswagen Group Malaysia pada bulan April lalu untuk pasaran Malaysia.

Tagged in: volkswagen
Rate this blog entry:
1

Sedan-01

Memandu uji kereta pemasangan tempatan (CKD) keluaran jenama Jerman ini, ungkapan pertama yang boleh penulis katakan jika melihat kepada rekaan luarannya adalah ia ringkas dan sederhana. Pada sesetengah pengguna yang teliti, mungkin tiada ‘x-factor’ yang akan membuatkan orang menoleh kali kedua untuk memandangnya.

Masih mengekalkan gaya yang pernah disaksikan pada beberapa model kenderaan Volkswagen generasi terdahulu, terutama pada reka bentuk bahagian hadapannya, ruang dalaman kereta Polo 1.6 L Sedan ini juga melahirkan perasaan yang sama seperti rupa luarannya; dikekalkan elemen ringkas dan minimum pada panel papan pemuka.

Tagged in: volkswagen
Rate this blog entry:
1

Beetle_01

Bagi pembaca yang mengikuti BH Auto, anda pasti pernah terbaca tentang Volkswagen Beetle yang pernah dipaparkan. Masing-masing sebelum ini adalah dari varian 1.2L dan 2.0L. Kali ini kami paparkan pula versi 1.4L yang terletak di tengah-tengah, antara kedua model yang disebutkan tadi.

Tagged in: volkswagen
Rate this blog entry:
3

KUALA LUMPUR , 21 November 2013 - Volkswagen Golf telah memenangi satu lagi anugerah industri, dilihat sebagai bukti kepada reputasi tiada tandingan. Muncul sebagai pemenang bagi Sedan / Hatchback kategori Midsize , Golf , kali ini juga telah dinamakan ‘ Kereta Tahun 2013 ‘ oleh Autocar Asean. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan baru-baru ini pada 19 November 2013 di Pameran Motor Antarabangsa Kuala 2013 (KLIMS13) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sempena penyertaan Volkswagen dalam pertunjukan auto terbesar di negara ini. Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Dr Zeno Kerschbaumer berkata “Golf adalah salah satu kereta yang paling popular di seluruh dunia dan dikenali untuk gabungan yang luar biasa kualiti dan gaya kelas yang terkemuka. Ia merangkumi falsafah Volkswagen dari segi teknologi canggih , reka bentuk abadi, terbina unggul, dan prestasi memandu cemerlang oleh kejuruteraan Jerman.

Tagged in: volkswagen
Rate this blog entry:
2